Semalam punya penat tak habis lagi. Melihat kepada ramai muka baru yang tukang tolong untuk majlis ini, aku naik bosan. Sebenarnya aku tak terfikir nak btegur sapa dengan muka-muka baru tu. Aku lebih suka bergaul dengan budak Sabah kerana aku lihat dalam kebanyakan organisasi, orang Sabah seperti dipinggirkan. Ya, aku tau loghat adalah suatu kebiasaan tetapi tak bermakna kita harus bergaul dengan puak-puak kita sahaja dengan mengabaikan "tuan rumah" sendiri. Common la, cekaplah sikit sahabatku sekalian.
Habis cerita tak puas hati, hari ini adik aku Nurul Huda juga akan naik pentas di Dewan Sabah Trade Centre, harapan abang agar kau tak lupa apa yang dipelajari di PASTI. Diharap apabila kau besar, jenguk-jenguklah PASTI yang ....., ya!, yang telah melahirkan cendekiawan, ahli falsafah, pensyarah Fizik dan sebagainya itu.
Janganlah Quran itu lekang dari pandanganmu wahai adikku.